Sewa Tapak Iklan seperti Sidebar Kanan Zaza atau servise yang lain..Interested? Sila Email Zaza at write2zaza@yahoo.com Maklumat lanjut,Click -->
SINI! .Nak tengok Pre-Loved item yang hanya berharga RM15,Click--->>SINI

p/s:Tempahan header dan seangkatan dengannya ditutup akibat lappy rosak.tq

Saturday, April 9, 2016

Misi Menantu Mr Bad Guy






Novel ini adalah kesinambungan novel Misi Cinta Mr Bad Guy..
Khalish Ammar - Jatuh cinta dan nak kahwin memang mudah tapi sekarang dia dah terjatuh cinta dengan Elina Safia,anak kesayangan Mr Bad Guy,Umar Ahqaf.Nak anak terpaksalah dia tawan hati bakal pak mertua dulu.huhu tapi diakan Khalish Ammar,pantang mundur sebelum operasi.

Umar Ahqaf - Dia bukan memilih sangat tapi Elina satu-satunya princess yang dia ada haruslah dia cerewet.Bakal suami anaknya haruslah terbaik dari ladang tapi kenapalah princess dia ni pilih lelaki lagi handsome dari daddy..tergugat diri playboy pencen ni..

Elina Safia - Menjadi satu-satunya princess daddy membuatkan apa yg dihajatinya semua tercapai tapi niatnya yang satu ni iaitu berkahwin dengan Khalish daddy bantah mau tak protes diri ni.
Harap misi Khalish memikat hati daddy tercapai. ."Khalish, bahagiakan I dengan cinta seksi dari you".

Novel yg menarik dan best,tak rugi membelinya.Suka baca part bila Khalish berjaya mengalahkan kata-kata Ahqaf...haha.Part di kolam renang antara Elina dan Ahqaf berjaya membuat air mata za berlinang tapi tak sempat mengalir pun kesengalan Ahqaf datang balik.Potong line betul tak sempat za nak fefeeling lebih-lebih..Za bagi sepuluh bintang untuk novel ni..haha aci tak.

Monday, November 9, 2015

Suamiku Ketua Gangster - Qhayra Qhayriesa



Sinopsis :

Tengku Ishaan Danish. Orangnya berkarisma, berpenampilan segak dan menjadi rebutan ramai wanita. Dengan jawatan CEO Seri Jaya Holding Berhad yang disandangnya, sesiapa saja menanti peluang untuk mendekati. Namun siapa duga, di sebalik semua itu, dia adalah seorang ketua gengster!
“Kau jangan fikir aku akan berhenti di sini saja Sarah. Selagi kau tak jadi milik aku, selagi itulah aku akan terus kejar kau sampai akhirnya, kau sendiri yang datang menyerah pada aku. Itu janji aku.” ~ Tengku Ishaan Danish
Nurul Salah Sulaiman. Dia hanyalah seorang gadis biasa. Tiada impian lantaran hidup sendiri lebih banyak diatur orang sejak dulu. Caranya kekampungan, rupanya pun tidak seindah mana, tetapi mengapa dia juga yang dikejar Tengku Ishaan Danish sedari dulu? Apa istimewanya dia di mata lelaki itu hingga Tengku Ishaan Danish sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya?
“Tengku buat apa ni, hah? Suka hati saja nak babitkan saya dalam masalah Tengku dengan awek Tengku. Tengku jangan fikir Tengku tu orang kaya, Tengku boleh cakap apa saja yang Tengku suka tanpa fikir perasaan orang lain!”~ Sarah
Dellina Datuk Mokhtar. Lapan tahun dia menunggu Tengku Ishaan Danish. Mampukah dia menerima hakikat apabila Tengku Ishaan Danish memilih Nurul Sarah sebagai isteri dan bukan dirinya? Rahsia apakah yang wujud antara Dellina dan Tengku Ishaan Danish hingga Dellina sukar melepaskan lelaki itu pergi begitu saja? Manakala Dahlan, bekas tunang Sarah, mampukah melihat Sarah hidup bahagia di samping Tengku Ishaan Danish setelah Sarah menjatuhkan maruah dia sekeluarga?
Komen Zaza ;

7/5 
P/s : Za bagi extra 2star aci tak.

Novel yg membuat Za baca dari first page sampai last page tanpa skip.
GOOD job writer..Suka watak Tengku Ishaan,i dun care if my hubby jadi ketua gengster if dia macam Tengku Ishaan.Haha

Memang tak rugi beli novel ni,pada za ini novel terbaik dari penulis Qhayra Qhayriesa.
Serius masa tgk tajuk hati za dah tergoda nak beli tapi bila tengok penulis rasa macam tak yakin novel ni best krn karya penulis sebelum ni tidak dapat menarik perhatian za..(Sory writer krn terlalu berterus terang)but for this novel membuatkan Za tak sabar nak nantikan ur next novel,..Anyway keep it up writer..




 
Design by Zaza Zafran |작별 다시 올 |© all rights reserved.