Sewa Tapak Iklan seperti Sidebar Kanan Zaza atau servise yang lain..Interested? Sila Email Zaza at write2zaza@yahoo.com Maklumat lanjut,Click -->
SINI! .

Saturday, January 22, 2011

Filem Preview # KHURAFAT




Sinopsis:

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibatnya, membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. 

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital, sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. 

Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri serta ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. 


P/S:So korunk yg meminati Filem seram pergi la nengok yer.Zaza ni bab2 filem seram tak dapat la kawan nak nolong yer..PENAKOT yg amat2.

Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya. 

Perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta).

4 000 Say i'm cute 내가 귀엽다고 말해:

Cikgu Tie said...

Macam best ajer cerita nie!

zaty luvlianncezzz said...

nnt tyme bezday nk g tgk
:)

Redbloodsnow said...

akak nakkkk sgt tgk citer nih taw...uhuhu

WyWy said...

http://amitwy-copypaste.blogspot.com/2011/02/preview-filem-khurafat.html#more





 
Design by Zaza Zafran |작별 다시 올 |© all rights reserved.