Sewa Tapak Iklan seperti Sidebar Kanan Zaza atau servise yang lain..Interested? Sila Email Zaza at write2zaza@yahoo.com Maklumat lanjut,Click -->
SINI! .

Wednesday, February 16, 2011

Novel : DOKTOR CINTA


***SILA CLICK UNTUK TUMBESARAN***

SINOPSIS
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan... terus meris...ik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

DIALOG PILIHAN 
"Hishh tak mungkinlah lagipun aku ni kan hati batu manalah nak cair dengan mamat skema macam bos kau tu"

"kau tak tahu bos aku tu asid, silap-silap haribulan batu pun boleh cair kalau lama-lama kau dengan dia. Tapi kalau betul kau dan dia bercinta akulah orang yang paling bahagia sekali."

---------------------------------------
Dialog 2

"Masalahnya sekarang yang menjadi tajuk cerita adalah kisah Julia Hana. Apa pulak kaitannya dengan aku, cuba pakai ijazah sarjana muda kau tu sikit bila berfikir" tegas Mazliana dengan nada serius.

"Amboiii...aku sajalah yang kena guna Ijazah saujana Muda, yang kau tu berfikir tahap UPSR siapa suruh? Apa pulak kaitan kau dalam masalah dia sampai kau sibuk sangat nak selesaikan masalah cinta dia?" Giliran Syamin membidas. Bulat matanya menikam senyum kambing Mazliana. cakap pandai tapi dia sendiri yang pening.

--------------------------------------
Dialog 3

"Apa ni Bos Besar sakitlah.." hishhh dia ni main sekeh-sekeh kepala pulak. Ingat kepala tak bayar zakat ke?.

"Tu baru sikit" Tengku Iskandar tersenyum sinis. "jangan Nak ber ‘Bos Besar’ lagi dekat dalam nanti, kalau saya dengar saya jentik mulut awak tu" sepantas kilat Mazliana menutup mulutnya. Hishhh!!! Ugutan ni..

"Bos ni aset tahu tak.. ni mulut cari makan. Kalau apa-apa terjadi siapa nak tanggung saya? Bos?" Mazliana mengomel lagi.

"Dah jangan banyak bunyi boleh tak?..come"
HARGA KALU NAK BELI 
Judul : Doktor Cinta
Penulis : Dyadila
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM 26.00
Sabah / Sarawak : RM 29.00

3 000 Say i'm cute 내가 귀엽다고 말해:

SyUhAdA said...

dah baca ke?
bes x?

hari tu tgk kat kaki novel..
cam bes je..~

monalea said...

macam best je ni. tq zaza.bagi sinopsis.ni yang bat lea nak cari novel ni.

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

mcm best.... nk beli la... smlm tgok je, xbwak duit lebih...aishhh...





 
Design by Zaza Zafran |작별 다시 올 |© all rights reserved.