Sewa Tapak Iklan seperti Sidebar Kanan Zaza atau servise yang lain..Interested? Sila Email Zaza at write2zaza@yahoo.com Maklumat lanjut,Click -->
SINI! .

Thursday, February 17, 2011

Ringan Beban Hulurkan Bantuan



Monink Korunk,amacam hari ni ???.Semalam korunk tengok BERSAMAMU tak??Kecian kan Hairuman.

Kini hanya kakak Hairuman yang bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yang berkuasa tinggi tiba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.

Badan Hairuman 70% melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga  Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan... Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong  Hairuman.. walaupun RM1 seorang sudah memadai meringankan beban Hairuman. Marilah sama-sama kita membantu  Hairuman setakat terdaya

DAH JATUH DITIMPA TANGGA
Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon yang baru kehilangan kedua-dua belah tangannya minggu lalu, bakal berdepan satu lagi dugaan apabila doktor mengesahkan salah satu daripada kakinya akan dipotong. Ketua Aduan Majlis Belia Malaysia, HM Rizan ketika dihubungi berkata, pihaknya mendapat berita sedih itu petang semalam.
"Saya sendiri terkejut apabila doktor memaklumkan Muhamad Hairuman akan dimasukkan ke dewan bedah petang esok (hari ini) bagi membolehkan kaki kirinya dipotong.
"Kami rasa sangat sedih dan terkejut tetapi doktor memberitahu perkara itu terpaksa dilakukan atas faktor perubatan," katanya ketika dihubungi di sini petang semalam.

NAK MEMBANTU??

Nombor telefon Kakak Hairuman 018-3807867 
-Maryuni Bt Miskon

No Akaun : Maryuni Miskon (kakak kepada Hairuman Miskon)
162030632448 - Maybank
12570000203529 - CIMB Bank

Alamat: No 28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.


*******************************

Kasihan Zaza tengok Hairuman,dah la adik-beradik ramai,paling sebak sekali m,asa dia cakap 'saya nak jadi kontractor elektrk tapi dah jadi macam ni'so korunk yang mana ada duit lebih2 tu tak tau nak habiskan kat mana,jom ramai2 la menderma.Semoga bantuan yang kita hulurkan dapat meringankan mereka.Walau kecil bantuan kita ia besar pada ALLAH SWT.


P/S :
Bahayakan elktrik ni,so pihak kerajaan bila nak naikkan gaji pekerja yang terlibat dengan elektrik contohnya:pekerja JKR Elektrik.Tak naik gaji Technician pon tak apalah tapi plezz naikkan gaji budak maintence kat bawah tu sebab dieorang hari2 berdepan dengan kerja2 pendawaian yang berbahaya.

Sumber : KOSMO
Thumb Up* Kempen ini dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

2 000 Say i'm cute 내가 귀엽다고 말해:

PutRee SeJiNjaNg said...

sedihnya tengok..simpati sangat2 kat dia..

Redbloodsnow said...

erksss...cian ar :(





 
Design by Zaza Zafran |작별 다시 올 |© all rights reserved.