Sewa Tapak Iklan seperti Sidebar Kanan Zaza atau servise yang lain..Interested? Sila Email Zaza at write2zaza@yahoo.com Maklumat lanjut,Click -->
SINI! .

Thursday, April 28, 2011

Bunuh Teman Wanita: Pemandu Lori Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati


ALOR SETAR: Seorang pemandu lori hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya kira-kira dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab, membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa tertuduh Mohd Adnan Abdul Karim, 29, melakukan kesalahan tersebut dan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Beliau berkata, ketika membela diri, tertuduh tidak menafikan melakukan kecederaan kepada si mati tetapi mendakwa tiada niat untuk membunuh si mati.
Katanya, berdasarkan keterangan saksi mengenai kecederaan si mati, tertuduh ada niat menyebabkan kematian dengan mendatangkan kecederaan dan walaupun mungkin tiada niat menyebabkan kematian, tertuduh tahu kecederaan itu boleh menyebabkan kematian kepada mangsa.

"Berdasarkan kecederaan, ia tidak berasaskan kepada hak membela diri atau provokasi mendesak oleh si mati," katanya.

Mohd Zaki berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dengan satu-satunya hukuman adalah hukuman mati.

Mohd Adnan dari Simpang Ampat, Pulau Pinang didakwa melakukan pembunuhan terhadap Nur Bahirah Ishak, yang ketika kejadian berusia 22 tahun, antara 10.30 pagi hingga 10.45 pagi di No. 157, Lorong Perak 2, Taman Perak, Kulim pada 17 Mei 2009.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norshuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili peguam K Pathmanathan. - BERNAMA

NOTE:Apa dosa Kak Ira,kau buat macam tu.AL-Fatihah pada arwah Kak Ira.

1 000 Say i'm cute 내가 귀엽다고 말해:

coffee said...

aduyai... sodehnyo... click nuff here... hehhe





 
Design by Zaza Zafran |작별 다시 올 |© all rights reserved.