Sewa Tapak Iklan seperti Sidebar Kanan Zaza atau servise yang lain..Interested? Sila Email Zaza at write2zaza@yahoo.com Maklumat lanjut,Click -->
SINI! .

Wednesday, April 13, 2011

Zaza Dah Rasa Pengalaman Ni,Korang Dah Ker???



Sebulan selepas menikah,aku disahkan hamil.Aku langsung tidak menyangka hamil secepat itu kerana seminggu sebelum aku disahkan mengandung ,aku mengalami sakit perut seakan senggugut.Bulan ketiga kehamilan,aku turun darah ini membuatkan aku tersangat panic tapi mujurlah doctor mengesahkan kandunganku selamat.Sejak dari turun darah yang pertama,aku sering turun darah jadi hospital sudah menjadi rumah keduaku.

Sepanjang kehamilan,selain turun darah aku mengalami alahan yang teruk termasuklah tidak boleh mengcium bau suamiku.Bulan kelima,aku membuat ujian imbasan untuk mengetahui jantina bayiku.Doktor menyatakan jantina bayiku tidak dapat dilihat malah kedudukannya melintang.Jika kedudukan bayiku tidak berubah aku terpaksa dibedah bila tiba waktu melahirkan.

Ketika kandungan lapan bulan setengah,aku turun darah yang banyakdan sakit perut yang amat sangat.Aku dimasukkan ke hospital,sakit perut berlanjutan sehingga keesokkan hari sehingga aku dibawa berjumpa pakar.Doktor menyatakan pintu rahim ku terbuka 1cm tapi kedudukan bayiku masih lagi melintang.Berkemungkinan aku terpaksa dibedah.Pagi itu juga aku terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana bekalan incubator tidak mencukupi di hospital Kulim.Aku menangis ketakutan kerana aku terpaksa dibawa menaiki ambulans tanpa suami di sisi.Dua jam perjalanan bagai terlalu lama ku rasa.Setelah 3hari di sana,doctor menyatakan pintu rahimku sudah tertutup semula.Aku meminta untuk pulang kerana tarikh untuk aku melahirkan lambat lagi.

Pada 26 April 2010,aku sepatutnya bersalin pada hari ini tetapi masih tiada tanda=tanda aku hendak bersalin.Aku dan suami sempat lagi membeli belah untuk persiapan kelahiranku.Aku berdoa supaya bayiku lahir selepas aku menerima sijil pada hari konvokesyenku namun tepat pada 2.45pagi,27 April 2010 kontraksi ku datang semakin kerap.Selepas 3 jam bertarung nyawa demi zuriat tercinta,lahirlah putera ku yang sangat comel.Kami namakan dia MUHAMMAD SYABIL ZAFRAN.Hingga hari ini aku menggelarkan dia “Baby Konvo” kerana dia lahir pada hari konvokesyenku.


Nota kaki:Hambik korang nak sangat zaza cite pengalaman mengandung. Korang baca la entry panjang berjela ni.


8 000 Say i'm cute 내가 귀엽다고 말해:

Mizz Dayana said...

best nyeeeeeeee. :)

tak sabar nak abes study then grad kawen n ade baby sendiri. hehehhe

Softtouch [Hanim] said...

segala ssh payah amsa peknen mesti hilang sebaik saje baby comel kuarkan..

yg pasal bento tu..thanx yer za sbb bg penerangan psl bento tu..comel2 ru[enya bneto tu..syg nk mkn...heeee

Redbloodsnow said...

taun depan giliran akak ler plak, insyallah..hehe

coffee said...

comey dak ni.. suh die jelor lidah lagi ye.. hehehe

btw, click nuff here, and already copy your banner.. thanks

alinac lover said...

yong blom dpt rasa lg.. :(

bila la nak kawen..

QUEENPINK said...

salam.

jemput join ga saya.

http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/queenpink-lucky-follower.html

Faziera193 said...

alaa cutenye baby konvo tu..hihi
cam takut pulak nak pregnant.. tapi nak jugak..=p

http://faziera193.blogspot.com

Taufan Bin Ribut said...

za,congrats..dah jadi mak dah skang..hahaha..cute cam uncle topan die..ekekeke..(xde kene mengena)





 
Design by Zaza Zafran |작별 다시 올 |© all rights reserved.