Sewa Tapak Iklan seperti Sidebar Kanan Zaza atau servise yang lain..Interested? Sila Email Zaza at write2zaza@yahoo.com Maklumat lanjut,Click -->
SINI! .

Tuesday, September 27, 2011

GIVEAWAY RADIUSITE




Happy Tuesday everyone!

Hari ni mood nak join Giveaway fron Radiusite sempena buzday mak kai Ika comel.HAPPY BIRTHDAY MOKCIK.cerita tentang mak kita.>_< teruja weh.Mama zaza seorang yang mama yang cute,sporting,caring,pemurah and friendly.*bukan bodek wokeh*Tak caye sila tanya budak2 taman ni.Mama zaza seorang mualaf (siamchinese) from  Chiang Mai juga seorang ibu tunggal *sape nak masuk minang sila sediakan hantaran RM111111* >_<'

mama tak suka tangkap gambor >_<"

Taktau nak cite apa,blur plak !Pada zaza pengorbanan mama tersangat besar buat kami sekeluarga sejak dia masuk Islam nak kawen dengan abah.Tok marah sebab mama convert agama kemudian duduk Malaysia pulak tapi sekarang tok dah leh terima :).Sayang Oii Mon dgn Mae ai.

Dugaan paling besar yang zaza rasa paling teruk mama pernah terima walau dia tak cakap tapi tengok muka pon dah tau.Arwah abah meninggal 3 tahun lepas.Punca pendapatan keluarga hilang sebab mama tak berniaga nasi lemak sebab jaga abah sakit di hospital.Lepas abah meninggal keluarga first abah datang ambik semua geran2 rumah,buku2 bank konon nak buat faraid tapi sampai sekarang tak nampak apa.Seminggu lepas abah meninggal,mama nak meniaga balik setelah sebulan tak meniaga.Tertiba pagi tu mama kol kata ada lori india mabuk langgar kereta meniaga sampai hancur.Kesian mama,mama nangis teruk pagi tu dalam handphone.Zaza takda masa tu nak peluk mama sbb zaza praktikal dekat penang :( .Banyak sangat dugaan masa tu,kami takda duit nak makan,satu persatu barang kena jual nak tampung perbelanjaaan harian.Mama pergi cari kerja kat restoran pastu kerja kuat sampai 2-3pagi nak cari duit.

Pada masa tu rasa macam nak giveup dah tak da rasa nak belajar  pon.Mama tak kasi berhenti,mama kata biar kita susah sekarang nanti kemudian hari kakak senang.Bila dah senang sikit ada je mulut langau yang tak puas hati dengan kesenangan orang.Kata2 macam ni dah selalu sangat dengar sampai dah lali.


"Dieorang ni tak padan dengan miskin ada hati makan kat kedai"

"Laki dia dah meninggal mesti lepas ni masuk agama dia balik la tu"

Macam-macam lagi la,zaza tahu mama banyak sabar dan tak mau nangis depan kami 2beradik tapi  zaza selalu dengar mama nangis malam2.Kadang2 mata mama bengkak.Pada mulut langau tu,memang tok zaza suruh mama balik Thailand duduk kat sana tapi mama taknak balik sebab mama nak kami tinggal dan belajar kat sini.Mama takkan convert pada agama buddha sebab sampai sekarang mama still pergi kelas agama.oklah cukup la kot sampai sini.Karang banjir pulak rumah zaza..Doa zaza moga mama bertemu jodoh dengan orang yang boleh sayang mama dan jaga mama lebih dari kami jaga mama.

0 000 Say i'm cute 내가 귀엽다고 말해:





 
Design by Zaza Zafran |작별 다시 올 |© all rights reserved.