Zaza Zafran™: Hantu Punya Bos

20 November 2014

Hantu Punya Bos



My comment :

5/5
Memang langsung tak rugi beli novel ni.Baca sampai gelak guling-guling.Latah si Abby yang tahap kronik tak boleh blah membuatkan novel ni sangat santai dan sempoi.Penangan HANTU PUNYA BOS membuatkan Za terus dihantui oleh bos Za,yg dah salah faham ingat Za kutuk dia hantu.Habislah bonus tahun ni....huhu.Semua Dekna Lee punya pasal.

Sinopsis :

Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

No comments:

Post a Comment

Welcome To Zaza The Witch Blog

1)Tq sbb visit blog Zaza yg xcomel neh..huhu
2)Sila tinggalkan komen yg comel2 je ek...wink
3)Thanks Be My Followers

Zaza Zafran™ © . Designed by MaisarahSidi.com