Zaza Zafran™: Menantu Mithali

20 November 2014

Menantu Mithali

Menantu ‘Mithali’


My comment :

3/5
Novel ni tak berjaya membuatkan Za terus menerus membaca tanpa noktah coz macam tak sampai jer.Penggunaan 'I' 'You' dalam hubungan Emma dan Andy rasa macam tak romantis..huhu.


Sinopsis

EMMA RAISHA... Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama. Akhirnya dia tidak punya sesiapa di sisi kecuali rakannya sahaja.

Atas alasan itu, dia sanggup menerima pertolongan daripada rakannya, RAJA AFFENDY. Seorang lelaki bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pada  saat  Andy  ditimpa  kesusahan, Emma  juga  ingin  membantu  kerana  lelaki  itu  telah  banyak  membantunya.

“You  cakap  you  boleh  tolong.  Kalau macam itu, kahwin  dengan  I  jom?”  ~  ANDY

“Errr...”  ~  EMMA

Akhirnya, demi kepentingan diri sendiri, Emma menerima lamaran tersebut. Namun dia tak sangka akan ada syarat-syarat yang menguji kesabarannya.

“Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong jadi menantu  paling mithali buat mama I. Boleh tak?” ~ ANDY

Menantu mithali? Oh tidak!!! Kenapalah dia harus jadi menantu mithali? Kalau menantu yang dikesali itu barulah dia tahu­­­­­! Syarat pertama, Emma sudah mula merungut. Syarat kedua, Emma sudah berfikir dua tiga kali. Syarat ketiga, dia mula resah. Syarat keempat, macam tak masuk akal. Dan syarat seterusnya, terus Emma berdendam dengan bakal mertuanya.

Saat dia mula dapat menerima apa yang tersurat, dia tak sangka semua yang berlaku ibarat di atas pentas lakonan. Dia tak sangka ada agenda yang tersembunyi di sebalik segala kesusahannya. Kehadirannya daddynya semula turut membuatkan dunia Emma Raisha berubah.

Berjayakah  Emma  yang  liar  itu  menjadi  menantu  mithali  untuk  mama  Andy? Adakah cinta yang tiba-tiba hadir akan direstui oleh orang tua mereka? Dan cinta yang berputik di tempat penuh maksiat adakah akan mendapat keredaan-Nya? 

No comments:

Post a Comment

Welcome To Zaza The Witch Blog

1)Tq sbb visit blog Zaza yg xcomel neh..huhu
2)Sila tinggalkan komen yg comel2 je ek...wink
3)Thanks Be My Followers

Zaza Zafran™ © . Designed by MaisarahSidi.com