Zaza Zafran™: Suamiku,Encik Perfect 10

18 November 2014

Suamiku,Encik Perfect 10


Sinopsis :

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu perjalanan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang membuahkan satu lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta di hati.

“Hah! Apa maksud awak?”
“I’ll be your husband.”

Muncul pula Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, menagih semula kasih Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar memburu bayi yang dikandung Aleeya kerana harta dan kemewahan. Namun, sesuatu terjadi terhadap Syed Muzaffar menyebabkan Aleeya menjadi keliru untuk memilih antara cinta terhadap Syed Muzaffar atau Zarief Danial. Konflik kian meruncing apabila cinta Zarief Danial menjadi rebutan dek tunangnya, Azura Hanim yang sebenarnya sudahpun berlaku curang. 

Aleeya Azmeen : Jauhkan rindu itu.. jauhkan cinta itu.. walaupun ada rindu.. ada cinta yang semakin menebal di kalbu! Jauhkan Zarief dari aku. Sesungguhnya dia bukan milik aku, dan selamanya tidak akan menjadi milik aku!

Zarief Danial : Abang rela... Abang akan rindu Aleeya. Rindu sangat-sangat! Abang tak tahu siapa akan jadi mangsa terkena muntah Aleeya kali ini, tapi abang rela untuk semua tu.

Syed Muzaffar : Cari Aleeya... Aleeya Azmeen! Dia mengandungkan anak Far. Anak Far, mom....

Azura Hanim : Yelah, Zura faham tapi kan kita dah bertunang lama sayang, why not kita cepatkan saja! Kalau nikah saja jadilah, nanti resepsi kita buat hujung tahun. Please baby... I tak sabar nak kahwin dengan you!

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Dapatkah Aleeya, cinta ‘Perfect 10!’ seperti mana yang dia harapkan?

1 comment:

Welcome To Zaza The Witch Blog

1)Tq sbb visit blog Zaza yg xcomel neh..huhu
2)Sila tinggalkan komen yg comel2 je ek...wink
3)Thanks Be My Followers

Zaza Zafran™ © . Designed by MaisarahSidi.com